Salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak sehari dua ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan logistik J&T Express. Terbaru, pihak Shopee turut dilihat mengambil langkah awal dan memberi peringatan kepada pengguna berkaitan kelewatan penghantaran barangan sekiranya menggunakan J&T Express.

Shopee sendiri mengingatkan pengguna supaya menggunakan beberapa perkhidmatan alternatif seperti DHL eCommerce, Ninja Van dan juga Shopee Express sebagai ganti untuknya.
Beberapa hari kebelakangani ini, tular di laman sosial berkenaan dengan lambakkan bungkusan penghantaran di pusat logistik J&T Express, dan pekerja yang mogok dengan syarikat berkenaan. Pihak J&T sedia memohon maaf kepada semua yang terkesan disebabkan hal ini.
J&T Express merupakan salah satu perkhidmatan logistik yang diusahakan oleh bekas CEO Oppo dan juga CEO Oppo sedia ada, dan telah ditubuhkan pada tahun 2015 yang lepas.