Google Chrome Kini Memudahkan Perkongsian Pautan Dalam Bentuk Kod QR

Diterbitkan pada Feb 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google pada minggu lepas telah mula menawarkan kemaskini Chrome 88. Bersama-sama dengannya, ia hadir dengan kemaskini sekuriti, selain turut menyertakan salah satu ciri yang mungkin tidak digunakan ramai – iaitu perkongsian sesuatu pautan dalam bentuk kod QR.

Pengguna boleh berkongsi sesuatu pautan dengan klik pada bar alamat URL, dan seterusnya klik pada butang ikon kod QR.

Pengguna seterusnya boleh memuat-turun gambar kod QR berkenaan untuk dikongsikan bersama yang lain – dimana yang lain seperti pengguna peranti mudah-alih boleh mengimbas untuk mengaksesnya.

Walaupun ciri ini mungkin tidak digunakan ramai, tetapi mungkin ia aka memudahkan tugasan bagi mereka yang mencari kaedah menjana kod QR untuk sesuatu pautan URL.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami