Cari @ Amanz

Sensor Tower, salah satu penganalisa yang memantau data berkaitan kedai aplikasi, kini telah mengeluarkan data berkenaan aplikasi paling popular dimuat-turun sepanjang bulan Januari 2021 lepas.

Melalui data yang dikongsikan, aplikasi TikTok dan YouTube dilihat terus menerajui angka muat-turun di Apple AppStore oleh pengguna iPhone pada Januari 2021 lepas.

Tetapi, untuk pengguna Android, aplikasi Telegram dan Signal menerajui angka muat-turun paling tinggi sepanjang Januari 2021 lepas.

Jikalau dilihat secara keseluruhan, tiga aplikasi paling banyak dimuat-turun oleh pengguna seluruh dunia pada Januari 2021 lepas adalah Telegram, TikTok dan juga Signal.

Pada awal bulan lepas, kita telah melihat WhatsApp mengumumkan terma baharu (yang kemudian ditangguhkan implementasi) – sekaligus membuatkan ramai yang tidak begitu selesa dengan perkongsian data bersama pihak Facebook. Ini sekaligus membuatkan pengguna mencari aplikasi alternatif lain – seperti Telegram dan Signal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd