Carian
KWSP Memohon Maaf Atas Masalah Teknikal Pada Paparan Status i-Sinar Online
February 8, 2021 Aman

KWSP kini mengeluarkan kenyataan, memohon maaf kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar Online yang telah dikeluarkan pada malam tadi.

Melaluinya, orang ramai menerima notifikasi, mengatakan permohonan telah diluluskan, dan akan menerima bayaran sebelum 30 Januari 2021. Ia tidak diketahui sama ada masalah teknikal berkenaan melibatkan tarikh sahaja – atau berkenaan kelulusan berkenaan.

Pihak KWSP menyarankan pengguna untuk menyemak kembali status permohonan mereka bermula hari ini, 8 Februari 2021.

Beberapa pengguna yang menerima kelulusan pada malam semalam, kini mengatakan mereka mendapati status berkenaan telah berubah, dan memaparkan yang permohonan mereka masih dala proses lagi.

Komen