Hong Leong Bank Membuka Kedai Di Shopee – Memudahkan Pengguna Membuka Akaun Bank

Hong Leong Bank Membuka Kedai Di Shopee – Memudahkan Pengguna Membuka Akaun Bank

Diterbitkan pada Feb 8, 2021 oleh .

Hong Leong Bank kini menjadi bank pertama di Malaysia yang membuka akaun di Shopee Mall. Melaluinya, kini Hong Leong Bank menyediakan penawaran untuk pengguna melalui laman edagang popular berkenaan.

Melalui kedai atas-talian Hong Leong Bank di Shopee, ia menyediakan akses untuk pengguna melihat penawaran akaun yang boleh dibuka. Seterusnya, pengguna boleeh melakukan pemilihan untuk membuka akaun yang bersesuaian dengan mereka.

Hong Leong Bank mengatakan pengguna boleh melakukan pemilihan akaun yang ingin dibuka, dan wakil perbankan mereka akan menghubungi pengguna dalam urusan lanjut untuk pembukaan akaun bank berkaitan.

Ini sekaligus memudahkan pengguna dalam membuka akaun bank tanpa perlu ke cawangan Hong Leong Bank – apatah lagi ketika era PKP kini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Hong Leong Bank di Shopee hari ini.

Layari : Hong Leong Bank di Shopee


Paling Popular