Cari @ Amanz

Antara cabaran yang dihadapi tentera berikat di Iraq dan Afghanistan ialah serangan bom IED yang diletupkan menggunakan alat kawalan jauh. IED menyebabkan jumlah kematian tertinggi anggota tentera di dua teater ini kerana sukar dikesan dan kenderaan yang digunakan pada awalnya tidak dapat menangkis serangannya.

Northrop Grumman telah membangunkan Joint Counter-Radio-Controlled Improvised Explosive Device Electronic Warfare (JCREW) sejak 2017 untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka kini bersedia untuk pengeluarannya dalam jumlah yang besar. Pada waktu ini pesanan telah diterima dari tentera Amerika Syarikat dan

JCREW menghalang isyarat radio dan selular yang digunakan untuk meledakkan bom. Ia boleh disandang oleh anggota infantri, dipasang pada kenderaan dan diletakkan di pos kawalan. Sebuah gelembung elektronik dihasilkan bagi melindungi anggota yang sedang bertugas. Dengan pengenalan JCREW di dunia sebenar menjelang 2022, satu lagi senjata elektronik yang sebelum ini muncul dalam permainan video menjadi realiti

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd