ASUS Memperlihatkan Spesifikasi Kuasa Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Feb 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa NVIDIA telahpun berhenti menggunakan terma Max-Q untuk kad grafik yang dibina khusus untuk platform komputer riba, dan risau bahawa ia adalah sukar untuk pengguna untuk memastikan model manakah yang hadir dengan kad grafik yang lebih berkuasa ataupun tidak.

Terkini, ASUS telah menyenaraikan kesemua kad-kad grafik yang ditawarkan pada komputer-komputer riba terbaru mereka, dari RTX 3080 sehinggalah RTX 3060.

Melalui senarai ini, kita boleh melihat bahawa semakin tinggi nilai TDP (Total Drawn Power), semakin berkuasa kad grafik yang digunakan. Sebagai contoh, kad grafik GeForce RTX 3080 yang digunakan pada komputer riba ROG Zephyrus G15 hanyalah 80W, tetapi GPU sama yang digunakan pada eGPU ROG XG Mobile memakan kuasa sehingga 150W.

Seperti yang kami katakan sebelum ini juga, jenama-jenama pembangun komputer riba kini perlu menyenaraikan jenis-jenis GPU yang digunakan pada komputer riba kerana ia sukar untuk pengguna mahupun pekedai untuk mengetahui semua model-model yang digunakan didalamnya pada sekilas pandang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami