Google Kelak Mungkin Akan Menghalang Kemaskini Aplikasi Secara Manual

Diterbitkan pada Feb 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem operasi Android adalah antara sistem operasi yang menarik, kerana pengguna diberikan banyak kebebasan. Seperti memasang aplikasi secara manual, melakukan kustomasi, mudah mengubah nada dering, kemaskinni pantas, banyak pilihan peranti dan banyak lagi. Sudah semestinya, antara peranti Android terbaik adalah Google Pixe – lagi-lagi Pixel 5. Walaupun ianya mahal, peranti kelas pertengahan – pengalaman penggunaan Android asli yang ditawarkan adalah memuaskan.

Terkini, Google dilihat mula menghalang kemaskini aplikasi secara manual. Ini bermakna jika anda sedang menggunakan sesuatu aplikasi versi lama, anda tidak lagi boleh pasang secara manual melalui fail APK versi terkini. Perkara ini dilihat mula berlaku pada Pixel 5 Android 11 dan aplikasi Google Camera serta Google Recorder. Walaupun menggunakan kaedah pemasangan lai seperti APK Mirror, arahan melalui terminal – pemasangan kemaskini aplikasi tetap dihalang.

Perkara ini berlaku kerana Android 11 yang mula menggunakan sistem App Integrity, yang memerlukan semakan lapisan demi lapisan pada pakej APK. Sistem ini juga dilihat menurut perintah laporan dari satu aplikasi sistem yang mana mungkin Google Play Store. Kemudian, turut disertakan adalah SourceStampVerifier yanng mana adalah proses pengesahan untuk mengesahkan aplikasi. Jadi jika sesuatu aplikasi dikesan tiada “cop” Play Store pemasangan tidak akan dibenarkan.

Buat masa ini dilihat berlaku pada Pixel 5, Android 11 dan aplikasi Google Camera dan Google Recorder sahaja. Ini mungkin salah satu langkah awal untuk Google menghentikan penggunaan format APK dan beralih kepada AAB. Sebab perkara ini diimplementasikan adalah bagi mengelak pengedaran fail APK dari pihak ketiga.

Menurut XDA, pengguna Pixel 4 pernah cuba memasang kemaskini aplikasi Device Personalization Services daripada Google, walaupun APK berjaya dipasang – fungsi Live Captio terus hilang. Jadi, sebagai langkah selamat – gunakan Play Store sebagai tempat muat turun dan kemaskini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami