Huawei Band 4e Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Band 4e Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 8, 2021 oleh .

Huawei Malaysia kini memaklumkan bahawa bakal hadir dengan penawaran peranti-boleh pakai baharu untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Huawei Band 4e, ia merupakan sebuah gelang tangan pintar memfokuskan kepada penawaran pemantauan kesihatan dan senaman.

Untuk spesifikasi, Huawei Band 4e dilengkapi skrin 0.5-inci dengan panel PMOLED. Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan aktiviti tambahan – termasuk kadar denyutan jantung, corak tidur dan sebagainya. Seterusnya, bateri yang disertakan adalah sebesar 77mAh dengan ketahanan maksimum sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

Spesifikasi lain termasuk ketahanan air 5ATM, pemberitahuan mesej atau panggilan, peringatan penggera dan lain-lain. Dalam pada itu, gelang tangan pintar ini juga menawarkan dua mod pemakaian – iaitu boleh digunakan di tangan atau dipasang pada kasut.

Buat masa ini, Huawei dilihat masih cuba berteka-teki mengenai harga jualan dan tarikh pelancaran rasminya. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.


Paling Popular