Cari @ Amanz

Clubhouse merupakan salah satu perkhidmatan sosial baru yang semakin hagat diperkatakan ramai. Ia eksklusif untuk pengguna iPhone buat masa ini, dan memfokuskan kepada perbualan audio sahaja melaluinya.

Populariti Clubhouse ini semakin meningkat dari hari ke hari – dan penyertaan berasaskan kepada jemputan menjadikannya lebih eksklusif.

Perkara ini membuatkan ia eksklusif, dan ramai yang mencari jemputan untuk menyertai laman sosial berkenaan. Ia secara tidak langsung membawa kepada beberapa pihak yang mengambil peluang untuk menjual jemputan ke perkhidmatan sosial berkenaan.

Di laman Shopee, jemputan Clubhouse ini dijual pada harga mencapai RM61. Ia boleh dikatakan agak tinggi untuk sebuah jemputan laman sosial, tetapi ia dilihat masih mempunyai permintaannya tersendiri.

Bagi anda sendiri, adakah anda sudah berpeluang mencuba laman sosial terbaru ini? Adakah anda sanggup keluarkan wang sebanyak ini untuk mendapatkan jemputan perkhidmatan sosial?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd