Cari @ Amanz

Khairy Jamaluddin hari ini telah menyertai panel ringkas pada Clubhouse, dan berbincang sejumlah perkara melibatkan dana untuk pembangunan syarikat perintis tunas teknologi (startup).

Menariknya, Khairy pada penghujung sesi beliau, turut mengatakan bakal mengadakan sebuah bilik perbincangan khas tidak lama lagi – dan mendapatkan maklumbalas terus daripada pemain industri, serta menambah-baik lagi penawaran yang disediakan oleh kerajaan.

Salah satu perkara utama yang dijangka dibincangkan adalah berkaitan penawaran dana daripada kerajaan dan agensi-agensi dibawah kementerian untuk sektor pembangunan teknologi. Ia juga dijangka akan meliputi perbincangan lanjut dalam bagaimana terus menambah-baik arena syarikat perintis tunas teknologi di Malaysia.

Bagi yang tidak mengenali akan Clubhouse, ia merupakan sebuah media sosial berasaskan suara, membolehkan pengguna untuk berbincang sesuatu topik dengan menyeluruh.

Buat masa ini, platform ini masih berasaskan kepada jemputan, dan terhad untuk pengguna iPhone sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd