Cari @ Amanz

IQOO telah hadir peranti terkini mereka sekitar Januari lalu menerusi pengenalan iQOO 7. Ia menawarkan pelbagai spesifikasi terkini – termasuklah dijana cip Snapdragon 888, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas 120W dan banyak lagi.

iQOO 7

Terbaharu, terdapat desas-desus mengatakan satu lagi peranti daripada jenama ini dilaporkan tertiris ke arena web. Menurut spekulasi awal, peranti berkenaan mungkin dikenali sebagai iQOO Neo5 dan dijangka diperkenalkan sekitar bulan Mac akan datang.

Selain itu, peranti pintar ini juga dipercayai menggunakan panel hadapan jenis AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, ia juga dikhabarkan hadir dengan sistem pengecasan pantas 88W.

Dalam perkembangan berbeza, peranti yang sama turut didakwa tertitis menerusi imej sebenar yang tular. Imej tersebut memperlihatkan peranti ini mungkin akan menggunakan cip Snapdragon 870, ruang storan 128GB dan Android 11.

Namun begitu, pihak iQOO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Tapi jika ianya benar, maka kita boleh melihat lebih banyak pilihan peranti dengan janaan cip Snapdragon 870 mula ditawarkan oleh para pengeluar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd