Cari @ Amanz

Ketika pelancaran Xiaomi Mi 11 di China tempoh hari, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila Xiaomi membuang pengecas secara terbina dalam kotak.

Apa pun, untuk pasaran global, penawaran Xiaomi adalah agak berbeza. Mengikut perkongsian spesifikasi penuh untuk Mi 11 versi global, Xiaomi memperlihatkan mereka akan menawarkan pengecas GaN 55W secara terbina untuk Xiaomi Mi 11.

Perkara ini semestinya akan mengembirakan ramai pengguna seluruh dunia yang inginkan telefon pintar mercu terbaru Xiaomi ini.

Kini, salah satu jawapan yang dinantikan ramai, semestinya berkenaan bilakah telefon pintar ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd