Selepas mengacah pengenalan sejak tahun lepas, hari ini Xiaomi secara rasminya memperkenalkan skuter elektrik edisi terhad mereka, Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Team Edition.
Skuter elektrik ini hadir dengan rekaan yang menyertakan elemen daripada pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas. Ia menawarkan jarak perjalanan sejauh 45km, dengan kelajuan maksima mencapai 25km/j.
Menariknya, ia turut hadir dengan paparan terbina untuk memudahkan pemantauan oleh pengguna.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi variasi skuter edisi terhad ini akan ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya.