Carian
Ini Adalah Telefon Xiaomi Yang Akan Terima Kemaskini MIUI 12.5
February 8, 2021 Aman

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka, Mi 11. Bersama-sama dengannya, ia turut hadir dengan sistem operasi MIUI 12.5.

MIUI 12.5 merupakan kemaskini kecil untuk MIUI12, dan menawarkan pengoptimasian sistem. Menurut Xiaomi, versi terbaru ini menjimatkan penggunaan CPU sehingga 22%, selain penjimatan tenaga sehingga 15%.

Disamping itu, MIUI12.5 turut membenarkan sejumlah besar aplikasi sistem dinyah-pasang sekiranya tidak digunakan oleh pengguna.

Kemaskini MIUI12.5 ini bakal diperkenalkan untuk telefon sedia ada Xiaomi dan Redmi secara berperingkat bermula suku kedua 2021 ini.

Peranti terawal yang akan menerimanya pada suku kedua 2021 ini adalah Mi 10T, Mi 10T Pro, Mi 10, Mi 10 Pro dan juga Mi 11.

Pada penghujung suku kedua 2021 pula, pengguna peranti Mi 10 Lite 5G, Mi 10T Lite, Mi Note 10 Pro, Mi Note 10 dan Mi Note 10 Lite akan menerimanya.

Tidak ketinggalan juga adalah pengguna Redmi Note 9T, Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9S, Redmi Note 9, Redmi Note 8 Pro dan Redmi 9 yang akan menerimanya pada penghujung suku kedua 2021 kelak.

Xiaomi mengatakan lebih banyak telefon akan menerimanya selepas itu.

Komen