Elon Musk Sedang Menulis Buku Berkenaan Tesla, SpaceX Dan Apa Beliau Pelajari

Diterbitkan pada Feb 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk kini merupakan manusia terkaya di dunia. Beliau turut menerajui beberapa syarikat yang menjadi tumpuan ramai, termasuk antaranya adalah Tesla dan juga SpaceX.

Dengan populariti dan kejayaan beliau, semestinya ramai ingin mengetahui kisah disebalik dan apakah perkara yang telah dipelajari sepanjang perjalanan hidup beliau.

Berkongsi berkenaan dengannya, Elon Musk mengatakan sudah tiba masa untuk bercerita berkenaan kisah disebalik Tesla dan SpaceX, selain pelbagai perkara yang telah dipelajari.

Melalui balasan kicauan, Elon Musk mengesahkan yang mana beliau sedang menulis sebuah buku. Namun, Elon Musk masih tidak berkongsi berkenaan bilakah ia akan diterbitkan kepada umum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami