Cari @ Amanz

Facebook kini mengatakan mereka akan mengambil langkah lebih serius dalam mengekang penularan info tidak tepat berkaitan Covid-19 dan vaksin untuknya pada platform Facebook dan juga Instagram.

Menurut Facebook, mereka mengambil langkah ini berdasarkan nasihat daripada sejumlah pihak, termasuk WHO. Dengan perubahan baharu ini, selain sejumlah perkara yang telah disenaraikan sebelum ini, Facebook turut akan mengambil tindakan terhadap perkongsian mengatakan Covid-19 adalah dicipta manusia, vaksin tidak efektif dalam menghalang penularan ini, dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan Covid-19 dan vaksin.

Facebook mengatakan mereka akan mengaktifkan polisi ini serta-merta, dengan memfokuskan pada Pages serta Groups terlebih dahulu. Akaun yang didapati melakukan perkongsian berulang akan diharamkan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd