Komputer Riba Ini Hadir Dengan 7 Skrin Untuk Memudahkan Multi-Tugasan

Komputer Riba Ini Hadir Dengan 7 Skrin Untuk Memudahkan Multi-Tugasan

Diterbitkan pada Feb 9, 2021 oleh .

Expanscape, kini telah hadir dengan sebuah prototaip komputer riba dinamakan Aurora 7, yang mana menjadikannya agak unik berbanding pelbagai komputer riba lain di pasaran adalah bilangan skrin yang disertakan.

Aurora 7 menyertakan sebanyak 7 skrin bersama-sama dengannya – yang mana menawarkan lebih 6 skrin berbanding sebuah komputer riba biasa. Dengan penawaran ini, ia akan memudahkan pengguna melakukan multi-tugasan pada sesuatu masa dengan mudah.

Aurora 7 menggunakan skrin utama 17.3-inci, dan tiga lagi skrin pada saiz sama – satu diatas, dan dua lagi pada bahagian kiri dan kanan. Masing-masing, tambahan skrin bersaiz 7-inci turut disertakan pada bahagian kiri dan kanan juga. Skrin ketujuh pula diletakkan pada bahagian atas komputer riba, bersebelahan dengan trackpad.

Komputer riba ini turut hadir dengan spesifikasi tinggi – termasuk cip Intel Core i9-9900K, memori 64gB RAM DDR4, dan dilengkapi kad grafik GTX 1060.

Buat masa ini, komputer riba seberat lebih 11 kilogram ini masih pada peringkat prototaip lagi. 


Paling Popular