Adakah Ini Rekaan Antaramuka Awal Untuk Android 12?

Diterbitkan pada Feb 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap tahun, Google akan memperkenalkan kemaskini Android yang baharu. Untuk tahun 2021 ini, Google dijangka memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka, Android 12.

Terbaru, melalui XDA Developers, ia dilihat Google akan menawarkan kemaskini antaramuka yang serba baharu pada Android 12 ini. Selain itu, Google juga dijangka mengintegrasikan beberapa fungsi kawalan privasi, seumpama yang terdapat pada iOS 14.

Melalui gambar yang dikongsikan ini, ia diperkatakan adalah rekaan awal untuk Android 12. Buat masa ini, kesahihan penuhnya masih tidak disahkan lagi. Untuk makluman, mengikut jangkaan awal, Android 12 dijangka akan lebih mengintegrasikan ciri tema pada sistem operasi berkenaan.

Antaramuka baharu ini dilihat menawarkan rekaan dengan bucu yang membulat, selain rekaan widget lebih kemas, bahagian notifikasi yang tidak menggunakan rekaan sedikit lutsinar seperti sebelumnya, selain susunan yang kemas dan minimalis.

Google dijangka memperkenalkan versi pembangunan awal untuk Android 12 dalam masa terdekat ini. Apa pun, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum kita dapat melihat sendiri rekaan akhir Android 12 secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami