HTC Wildfire E lite Dilancarkan – Peranti Android Go Mampu Milik

Diterbitkan pada Feb 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HTC ialah nama yang telah lama tidak dilihat di Malaysia kerana kurang mendapat sambutan sejak pasaran mula dipenuhi peranti dari China. Mereka tidak lagi gah tetapi meneruskan kelangsungan perniagaan dengan penawaran peranti kelas permulaan. Terkini HTC Wildifre E lite telah dilancarkan dengan kombinasi spesifikasi dan harga rendah.

Ia dilengkapi skrin 5.45″ LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio A20, memori sebesar 2GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8MP dengan pengesan dalaman, kamera swafoto 5MP dan bateri sebesar 3000 mAh. Bateri tidak menyokong pengecasan pantas dan masih lagi menggunakan port mikro USB. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android Go.

Pada waktu ini HTC Wildfire E lite dipasarkan di Afrika Selatan dan Rusia pada harga sekitar RM400 sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami