GrabPay merupakan salah satu dompet digital yang popular, dan digunakan ramai bersama perkhidmatan seperti seru-pandu Grab, tempahan makanan GrabFood, serta untuk pembayaran lain termasuk pembayaran nirtunai.
Sehingga kini, ia hanya membolehkan pengguna membuat tambah-nilai, dan tidak membenarkan pengguna mengeluarkan wang yang telah ditambah-nilai ke bank kembali.
Apa pun, perkara berkenaan mungkin berubah tidak lama lagi.

Di Singapura, kini GrabPay telah memperkenalkan ciri memindahkan keluar dana pada GrabPay ke akaun bank di Singapura. Dengan langkah ini, ia menawarkan lebih kawalan terhadap wang milik seseorang pengguna.
Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri yang lebih kurang sama ini akan diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia.