Apple Diramal Mengumumkan Kerjasama Apple Car Pada Pertengahan Pertama 2021

Diterbitkan pada Feb 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Desas-desus berkaitan dengan pembangunan kereta oleh Apple agak hangat diperkatakan sejak bermulanya tahun 2021 ini.

Terbaru, mengikut ramalan bank pelaburan Wedbush, mereka menjangka Apple akan umum rakan kerjasama untuk pembangunan kereta elektrik Apple Car seawal pertengahan pertama 2021 ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa spekulasi mengatakan Apple mungkin menggunakan fasiliti Kia dalam pengeluaran kenderaan mereka. Namun, semalam ia telah diperkatakan perbincangan antara Hyundai, Kia dan Apple telah dihentikan.

Penyertaan Apple dalam arena pengeluaran kenderaan elektrik ini dijangka akan memberi pencabar baru untuk arena automotif – selain turut membawa arena automotif setapak lagi ke hadapan dengan penyertaan teknologi dan rekaan yang lebih mesra pengguna.

Selain Apple, sejumlah syarikat di China juga sedang melihat ke arena pengeluaran kenderaan elektrik ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami