Selepas saban tahun pengeluaran tablet menyusut kerana dilihat tidak lagi serasi dengan keperluan harian, tahun 2020 menterbalikkan segalanya kerana Covid-19. Menurut laporan terkini dari IDC, pengeluaran tablet meningkat 13.9% sepanjang tahun lalu dengan 164.1 juta unit berbanding 144.5 juta sepanjang 2019.
iPad masih lagi mendominasi dengan 53.2 juta unit bersamaan dengan 32.5% pegangan pasaran. Ini diikuti oleh Samsung (19.1%), Huawei (9.8%), Lenovo (8.6%) dan Amazon (8.5%). Walaupun mendominasi pasaran, Apple hanya meningkatkan peningkatan 6.7% sahaja. Lenovo mencatatkan peningkatan tertinggi 66.4% diikuti oleh Samsung (44.4%).
Tahun lalu pengeluaran komputer peribadi dan Chromebook turut menerima kesan positif kerana Covid-19 dengan telefon pintar mencatatkan penurunan. Apabila perlu bekerja di rumah, skrin lebih besar nyata lebih baik berbanding telefon berskrin kecil.