Carl Pei sedia mengumumkan syarikat baharu beliau selepas meninggalkan OnePlus, dinamakan sebagai Nothing. Terbaru, melalui laporan Bloomberg, Nothing dilihat telah menerima suntikan dana pelaburan daripada GV atau dulu dikenali sebagai Google Ventures.
GV dikatakan telah melabur sebanyak $15 juta pada syarikat Nothing ini. Namun, nilai keseluruhan Nothing tidak diumumkan buat masa ini.
Nothing berhasrat dalam membangunkan sejumlah peranti pintar untuk kehidupan era dunia pintar kini. Mereka menyasarkan untuk memperkenalkan sejumlah produk pintar dibawah ekosistem Nothing.
Produk terawal yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi adalah sebuah fon telinga nirwayar.
Fon telinga nirwayar ini dijangka diperkenalkan pada tahun ini, bersama-sama sejumlah produk lain.
Sebelum ini, Carl Pei sedia mengatakan mereka akan menawarkan rekaan yang eksklusif dan berbeza dengan yang lain melalui Nothing.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Nothing ini, dan apakah kejutan yang disediakan oleh mereka.