Cari @ Amanz

Komputer kuantum ialah evolusi seterusnya untuk teknologi pengkomputeran kerana mampu menyelesaikan pelbagai masalah matematik yang selama kini memerlukan masa berbilion tahun dalam masa 200 saat. Setakat hanya terdapat beberapa komputer kuantum di dunia seperti yang dibangunkan oleh Google.

Di China, sistem operasi untuk komputer kuantum pertama buatan tempatan telah dilancarkan semalam. Sistem operasi Origin Pilot dibangunkan oleh syarikat Origin Quantum Computing Technology Co Ltd yang berpangkalan di Anhui.

Menurut pembangun, Origin Pilot direka untuk mengoptimasikan pengurusan sumber dan kemampuan memproses secara selari komputer kuantum yang menggunakannya.

Pembangunan komputer kuantum dilihat perlu untuk memastikan China mampu bersaing dengan Amerika Syarikat dalam bidang teknologi. Ia adalah perbatasan seterusnya dunia teknologi seperti bagaimana komputer terawal membantu Amerika Syarikat membangunkan senjata nuklear.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd