TNB : Lebih 1 Juta Meter Pintar Telah Dipasang Di Melaka Dan Lembah Klang

TNB : Lebih 1 Juta Meter Pintar Telah Dipasang Di Melaka Dan Lembah Klang

Diterbitkan pada Feb 9, 2021 oleh .

Tenaga Nasional Berhad hari ini berkongsi mengatakan yang mana sehingga hari ini, TNB telah memasang 1,000,000 meter pintar telah dipasang di Melaka dan Lembah Klang.

TNB sedia menguji sistem meter pintar sejak 2014 yang lepas, dan telah mengumumkan pada tahun lepas yang mana mereka akan memasang meter pintar secara percuma secara berperingkat ke seluruh negara.

Melalui penggunaan meter pintar ini, ia menyertakan sejumlah kelebihan menarik, termasuk kemudahan untuk pengguna memantau penggunaan dan menyemak ia terus melalui aplikasi mudah-alih di peranti masing-masing.

Bagi anda yang berada di Melaka dan Lembah Klang, adakah anda telah menerima sistem meter pintar ini? Bagaimana pengalaman anda menggunakannya?


Paling Popular