Carian
Penggunaan Aplikasi MySejahtera Untuk Memasuki Premis Kini Diwajibkan – Tiada Lagi Mencatat Pada Buku
February 10, 2021 Aman

MKN kini telah mengumumkan yang mana penggunaan aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan untuk semua premis di lokasi dengan capaian internet luas.

Langkah ini sekaligus untuk memastikan pengguna dapat dihubungi dengan pantas ketika membuat pengesanan kontak.

Sebelum ini, terdapat sejumlah premis yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai mencatatkan nama dan informasi secara manual pada buku. Namun, terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku.

Apa pun, untuk lokasi dikawasan pedalaman dengan capaian internet rendah, pengecualian diberikan dan pengguna boleh mencatatkan nama pada buku secara manual.

Komen