Nissan Terbuka Untuk Kerjasama Dengan Apple Untuk Apple Car

Nissan Terbuka Untuk Kerjasama Dengan Apple Untuk Apple Car

Diterbitkan pada Feb 10, 2021 oleh .

Nissan kini melalui perkongsian ketika pengumuman penyata kewangan, mengatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan Apple dalam pembangunan Apple Car.

Perkara berkenaan diucapkan sebagai menjawab pertanyaan pelabur berkaitan kerjasama dengan Apple.

Pihak Nissan mengatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat yang berpengetahuan dan mempunyai pengalaan yang baik.

Walaupun tidak mengesahkan sebarang perkara seperti perbincangan dengan pihak Apple, Nissan sekadar memberikan kenyataan yang mana mereka terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa, termasuk Apple.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Apple telah menghentikan perbincangan dengan pihak Hyundai atau Kia – sekaligus membawa kepada spekulasi Apple mungkin memilih pengeluar yang lain untuk bekerjasama.


Paling Popular