Cari @ Amanz

Redmi kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti mercu baharu mereka yang dijadualkan berlangsung pada 25 Februari ini. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan berapa bilangan model peranti yang bakal diperkenalkan oleh Redmi untuk kali ini. Namun begitu, spesifikasi dua daripadanya didapati telah tertiris ke arena web.

Model-model berkenaan adalah Redmi K40 dan juga Redmi K40 Pro. Melaluinya boleh dilihat, kedua-dua peranti mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Misalnya dari segi cip pemprosesan, konfigurasi kamera utama, kapasiti bateri dan sokongan untuk memori.

Redmi K40 Pro dilihat akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 888, tetapan kamera utama 108-Megapixel + 13-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel, pilihan memori 12GB RAM, ruang storan 256GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Sementara itu, Redmi K40 pula akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 870, kamera utama 108-Megapixel + 8-Megapixel + 5-Mgapixel + 2-Megapixel, pilihan memori 6GB RAM, ruang storan 128GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Bagaimanapun, kedua-duanya turut mempunyai beberapa persamaan seperti menggunakan skrin berukuran 6.81-inci AMOLED, paparan dengan resolusi 3200 x 1440, antaramuka MIUI 12.2.2 dan kamera swafoto sebesar 30-Megapixel. Terdapat beberapa spekulasi turut mengatakan panel peranti ini mungkin dilengkapi kadar segar semula 120Hz.

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak. Jadi, kekal setia dengan kami di Amanz untuk lebih kemaskini lanjut berkaitan peranti ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd