Dunia berubah dengan pantas tetapi satu perkara yang masih sama ialah Electronic Arts. E.A telah mengumumkan akan mengambil alih Glu Mobile. syarikat yang membangunkan dua permua popular Diner DASH Adventures dan Kim Kardhasian Hollywood.
Proses pengambilalihan akan menelan belanja $2.4 bilion dan dijangka akan dimuktamadkan pada suku kedua 2021. EA akan menggunakan kepakaran Glu Mobile untuk mendominasi pula pasaran permua yang dilihat lebih menguntungkan berbanding platform permainan video yang lain.
Glu Mobile mempunyai kepakaran dalam menawarkan permua percuma yang menjana keuntungan menerusi penjualan transaksi mikro – model perniagaan yang cukup digemari oleh EA sejak lebih sedekad yang lalu. EA juga berminat untuk mengembangkan penawaran perkhidmatan Live Service mereka pada telefon mudah alih.