Carian
Inilah Cara Green Packet Berjaya Mengadaptasikan Malaysia Ke Arah Digital Dalam Masa 20 Tahun
March 11, 2021 Syafia Hani

Pendigitalan maklumat dan transaksi kini telah menjadi satu keperluan kepada kita semua. Kita dapat lihat transformasi negara Malaysia sedikit demi sedikit telah berubah daripada sistem tradisional kepada digital. Melalui perubahan ini, ia memberi peluang kepada negara Malaysia agar dapat melangsungkan kehidupan dengan lebih lebih mudah, sistematik dan mengikuti arus pemodenan teknologi dunia.

Antara organisasi yang memainkan peranan yang penting dalam membantu kelancaran ekonomi Malaysia adalah Green Packet. Ia merupakan sebuah syarikat teknologi global yang menyasarkan untuk membantu menyediakan jalan penyelesaian, platform dan juga infrastruktur menggunakan kaedah digital. Pada tahun 2020, syarikat ini telah genap beroperasi selama 20 tahun dimana sepanjang mereka beroperasi, banyak inovasi telah diperkenalkan dan antaranya adalah Kiple, iaitu satu aplikasi teknologi kewangan di dibawah bidang penyelesaian digital yang telah berjaya membantu pelbagai golongan di beberapa sektor di Malaysia.

kiplePay Memudahkan Proses Pentadbiran Dan Pembayaran Di Sektor Pendidikan

Aplikasi kiplePay memudahkan sektor pendidikan untuk beroperasi dengan lebih sistematik dan dalam masa yang sama mengikuti arus permodenan teknologi. Hal ini kerana segala rekod transaksi dan pengurusan boleh dirujuk melalui aplikasi ini seperti pembayaran yuran, sistem kedatangan digital, pengagihan dana bantuan dan juga tempahan bilik untuk mesyuarat atau sesi perbincangan.

Melalui aplikasi kiplePay ini juga, pelbagai proses pengurusan dapat dimansuhkan menjadikannya lebih sistematik dan memudahkan penggunanya. Hal ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada sistem pengurusan universiti, malah para pelajar juga dapat merasai kemudahan yang disediakan.

Kebaikan Kepada Pelajar:

  1. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mendapatkan ID pelajar.
  2. Mempunyai fungsi dompet digital yang membolehkan para pelajar berbelanja secara nirtunai di mana-mana kedai yang terpilih.
  3. Bagi pelajar yang layak untuk menerima agihan dana pula, mereka akan menerima dana tersebut melalui dompet digital kiplePay mereka.
  4. Mendapatkan informasi terkini melalui kiplePay berkenaan material pembelajaran, kemudahan pengangkutan, promosi berkenaan F&B yang pelajar boleh gunakan dan banyak lagi.

Kebaikan Kepada Universiti :

  1. Proses untuk memasukkan data kedalam sistem menjadi lebih singkat.
  2. Memudahkan proses untuk pentadbir universiti memantau dan mengurus pembayaran yuran, menguruskan data, menyemak kedatangan digital dan menempah bilik perbincangan.

Kiple Unified Payments Membantu Para KSP Dalam Mengadaptasi Norma Baharu Untuk Sektor Perniagaan

Kehidupan ‘norma baharu’ yang kita semua perlu jalani sekarang sangat memberi impak kepada golongan PKS. Kiple telah menawarkan jalan penyelesaian kepada golongan PKS untuk beralih ke arah pasaran digital melalui platform Kiple Unified Payments. Para PKS boleh menggunakan platform yang mudah untuk diakses oleh orang ramai dan juga peniaga bagi mempromosikan perniagaan mereka, seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Dibawah platform Kiple Unified Payments ini, terdapat dua jalan penyelesaian yang boleh digunakan.

1. 1-Click Payment

  • Peniaga boleh melaraskan antaramuka platform mengikut kesesuaian perniagaan dan juga mesra pengguna.
  • Membolehkan pelanggan untuk membuat tempahan dan juga pembayaran secara atas talian, sama ada menggunakan dompet digital, kad debit atau kredit atau juga pemindahan melalui FPX.
  • Menguruskan transaksi dan serta aliran tunai dengan lebih sistematik dan selamat.
  • Kesemua bayaran hanya mengambil masa selama 2 hari untuk diproses tanpa mengira cara bayarannya, dan anda boleh mengurus kewangan dan aliran tunai dengan lebih mudah untuk kegunaan perakaunan di kemudian hari.

2. Integrated Payment Gateway

  • Boleh digunakan pada peniaga yang mahukan kemudahan dari segi pengurusan pembayaran sendiri.
  • Memberi peluang kepada peniaga untuk menguruskan Electronic Know-Your-Customer (eKYC), pilihan pembayaran samaada secara fizikal, atas talian, pembayaran QR, pemindahan wang, penebusan baucar atau cara digital lain.
  • Boleh diintegrasikan untuk kegunaan pada laman sesawang perniagaan dan boleh diakses menggunakan apa-apa peranti pintar dimana saja dan bila-bila masa.

Bantuan Dana Secara Nirtunai Untuk Komuniti Yang Lebih Memerlukan Melalui kiplePay

Jika anda mengikuti isu semasa, kita dapat lihat bahawa masih ada lagi golongan B40 yang kurang berkemampuan dan masih memerlukan bantuan dana untuk teruskan kehidupan seharian dengan lebih lancar. Green Packet lihat perkara ini dengan serius lalu mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini dengan menawarkan peruntukan dana melalui kiplePay yang mana cara pengagihan dana ini terdiri daripada dua cara.

1. Bantuan Secara Nirtunai Melalui Aplikasi Dompet Digital kiplePay

Melalui aplikasi ini, terdapat beberapa fungsi yang memudahkan proses pengagihan dana diberikan kepada penerima yang layak.

  • Menerima Dana: Penerima boleh mendapatkan pelbagai jenis dana yang ada pada dompet digital kiplePay sekiranya layak dan mereka boleh menggunakannya melalui kredit dan dana daripada dompet digital ini dengan serentak.
  • Menguruskan Dana: Menguruskan barang-barang dan tempoh masa dana serta membuat pengagihan kepada penerima yang layak.
  • Pembayaran Nirtunai: kiplePay membolehkan pengguna untuk memilih cara pembayaran perbelanjaan mengikut kehendak mereka, samaada menggunakan kredit di dompet digital, dana di dompet digital atau juga baucar.

2. Bantuan Secara Nirtunai Melalui Kad Fizikal

  • Memudahkan individu yang tidak mempunyai peranti pintar untuk terus dapat bantuan dana.
  • Memudahkan pengedar dana untuk mengawal pengagihan dana kerana mereka dapat menjejak cara penggunaan para penerima dana seperti harga barang yang dibelanjakan, kedai yang boleh diakses dan memastikan dana yang diterima digunakan dengan baik.
  • Beberapa pentadbiran negeri di Malaysia telah mengaplikasikan sistem pengagihan dana ini, seperti Perak (Perak Prihatin), Selangor (Kasih Ibu Smart Selangor) and Kedah (Kasih Ibu Darul Aman). Program-program ini dijalankan dibawah kerjasama dengan Selcare, iaitu rangkaian penjagaan kesihatan primer yang bertanggungjawab untuk menguruskan pengagihan kad dana ini. Dalam masa yang sama, program yang ditaja oleh kerajaan ini juga akan memastikan bahawa kad-kad yang diedarkan dapat membantu para ibu tunggal dan keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan dari segi kewangan seperti membeli barang keperluan dan perbelanjaan perubatan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, solusi yang ditawarkan oleh Green Packet melalui Kiple ini sangat membantu dalam melancarkan kelangsungan ekonomi di Malaysia. Selama 20 tahun Green Packet beroperasi, mereka bukan sahaja sekadar menyelesaikan masalah dari segi kewangan digital, malah mereka juga telah menawarkan pelbagai jalan penyelesaian, menyediakan platform dan infrastruktur bagi membantu organisasi lain bersedia mengadaptasikan dunia teknologi yang serba canggih dan memudahkan ini. Sebagai syarikat yang menawarkan jalan penyelesaian dalam bentuk digital, Green Packet menyasarkan untuk terus menghasilkan inovasi dalam membantu orang ramai agar bersedia menempuhi dan mengikuti arus pemodenan dunia teknologi terkini.

Penafian: Advertorial Daripada Green Packet

Komen