XOX Hadir Dengan Pelan Prabayar 21GB Data + 10GB Internet Asas Pada Harga RM30 Sebulan

XOX Hadir Dengan Pelan Prabayar 21GB Data + 10GB Internet Asas Pada Harga RM30 Sebulan

Diterbitkan pada Feb 10, 2021 oleh .

XOX hari ini telah memperkenalkan pelan data baharu, dinamakan sebagai Extra Syok. Melaluinya, XOX menawarkan data sebanyak 21GB + (10GB internet asas) pada harga RM30 sebulan. Pelan prabayar ini juga turut dilengkapi dengan panggilan percuma selama 50 minit.

Pelan data ini turut membolehkan pengguna berkongsi data 21GB berkenaan melalui hotspot – selari dengan keperluan ketika era belajar dari rumah dan bekerja dari rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi pengguna XOX yang berminat, boleh mendapatkan ia melalui aplikasi OneXAPP, atau dengan menghantar SMS ke talian 22111 atau 23388. 


Paling Popular