Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Produk Perbualan Suara – Menyaingi Clubhouse

Diterbitkan pada Feb 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Clubhouse kini merupakan salah satu aplikasi yang hangat diperkatakan ramai. Ia menawarkan ciri perbualan berasaskan suara, dan memudahkan perbincangan dan diikuti oleh pengguna lain.

Walaupun ia hanya ditawarkan secara jemputan, dan terhad untuk iPhone buat masa ini, namun perkhidmatan sosial berkenaan sedia menerima perhatian ramai.

Terbaru, Facebook dilaporkan sedang membangunkan produk dengan ciri lebih kurang sama.

Untuk makluman, Facebook sedia klon beberapa ciri daripada perkhidmatan lain dan menambahnya pada perkhidmatan mereka. Dengan langkah ini, ia akan mengurangkan peralihan pengguna ke perkhidmatan sosial yang lain, dan terus setia dengan Facebook.

Di Malaysia sendiri, ramai telah mula menggunakan aplikasi Clubhouse, termasuk artis, dan juga ahli politik – selain daripada usahawan, dan orang ramai.

Selain Facebook, Twitter juga sedang membangunkan ciri perbualan suara mereka dengan apa yang dinamakan sebagai Twitter Spaces.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami