Astro Tawar Tontonan Percuma Untuk Saluran Filem Terpilih Sehingga 21 Februari 2021

Diterbitkan pada Feb 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro sekali lagi memenangi Anugerah Platinum pada Anugerah Putra Brand 2020. Berikutan kejayaan tersebut, pihak Astro kini berbesar hati menawarkan akses tontonan percuma untuk saluran filem terpilih sebagai tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bahagi para pelanggan setia.

Astro dalam kenyataannya berkata, penawaran ini boleh diakses bermula hari ini hingga 21 Februari 2021. Melaluinya, para pelanggan boleh menikmati tontonan percuma untuk sejumlah saluran filem terpilih seperti HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX (CH412 HD/CH432) dan TVN Movies HD (CH416).

Di samping itu, para pelanggan juga boleh menikmati tontonan percuma untuk semua pek saluran kanak-kanak dan berita (kecuali SKY News) sehingga 18 Februari 2021. Pada masa sama, terdapat juga akses percuma untuk saluran HITS Movies HD (CH401) di TV dan Astro GO sehingga 21 Februari 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami