Selepas Gagal Mendapatkan TikTok, Microsoft Dilaporkan Telah Cuba Membeli Pinterest Baru-Baru Ini

Selepas Gagal Mendapatkan TikTok, Microsoft Dilaporkan Telah Cuba Membeli Pinterest Baru-Baru Ini

Diterbitkan pada Feb 11, 2021 oleh .

Microsoft sedia mempunyai laman sosial LinkedIn dibawah mereka. Menariknya, baru-baru ini, Microsoft dilaporkan telah cuba membeli Pinterest – apa pun, perbincangan tidak lagi aktif buat masa ini.

Pinterest menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat simpanan pautan atau gambar dengan mudah, untuk rujukan pada kemudian masa.

Ia dikatakan Microsoft ingin mendapatkan perkhidmatan sosial dan juga komuniti atas-talian yang aktif, yang boleh beroperasi pada perkhidmatan awanan mereka.

Disamping itu, Microsoft juga dilihat akhir-akhir ini berminat untuk memfokuskan kepada komuniti pengguna umum – sekaligus memperluaskan fokus mereka bukan sekadar perusahaan, tetapi juga untuk orang ramai.

Pada tahun lepas, mereka telah membuat tawaran untuk mengambil-alih operasi TikTok, tetapi gagal mendapatkannya.


Paling Popular