Cari @ Amanz

Maxis telah memperkenalkan Maxis TV pada tahun 2019 yang lepas, dengan fokus untuk memudahkan pengguna dalam melanggan dan menonton perkhidmatan penstriman video.

Ketika itu, Maxis menawarkan pas berasingan untuk setiap perkhidmatan, dengan penawaran data terhad. Menariknya, kini, pada tahun 2021, perkhidmatan Maxis TV diberikan nafas baharu.

Melalui pelan baharu yang ditawarkan, ia hadir dengan pilihan lebih daripada satu perkhidmatan penstriman termasuk akses data tanpa had pada satu harga yang mudah dan rendah.

Pengguna disediakan dengan sejumlah pakej, termasuk pakej untuk melanggan semua perkhidmatan penstriman termasuk Viu, iQiyi, iFlix, Dimsum dan Mobi selama 30 hari bersama-sama akses data tanpa had pada harga RM42 sebulan.

Untuk pelan langganan dua perkhidmatan bersama data tanpa had pula, ia ditawarkan pada harga RM18 sebulan – yang mana boleh dikatakan agak berbaloi berbanding pembelian secara berasingan.

Selain penawaran berkas langganan, Maxis turut menawarkan akses kepada perkhidmatan penstriman individu pada harga bermula RM3 sehari dengan akses data sebanyak 3GB. Pelan untuk 30 hari pula ditawarkan dengan akses bersama data 10GB pada harga RM9.99 sebulan untuk perkhidmatan penstriman individu.

Bagi anda yang melanggan pelbagai perkhidmatan penstriman video ini, mungkin boleh menyemak tawaran Maxis TV, dan lebih berjimat berbanding melanggannya secara individu dan menambah langganan data. Pada masa yang sama, Maxis TV turut memudahkan urusan pembayaran sama ada pada bil telekomunikasi atau melalui kad kredit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd