Cari @ Amanz

Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Motorola Moto G30 Tertiris – Dijana Cip Snapdragon 662, Kamera 64MP

Link Copied!

Motorola kini dilaporkan dalam perancangan untuk penambahan beberapa peranti pintar mampu milik baharu lagi. Biarpun belum ada kepastian, ura-ura mengatakan salah satu daripadanya adalah Moto G30 yang mana bakal menjadi model baharu di bawah siri Moto G kelak.

Menurut spekulasi awal, peranti berkenaan dipercayai hadir dengan paparan sejenis IPS bersaiz 6.5-inci yang dilengkapi resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Seterusnya, ia juga menyokong paparan jenis bertakuk kecil untuk peletakan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel.

Peranti ini juga dikhabarkan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 662, memori 6GB RAM, ruang storan 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Kemudian, kamera utama pula dilengkapi sokongan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel.

Tidak ketinggalan, terdapat satu lagi model yang bakal tiba iaitu Moto E7 Power. Peranti ini dikatakan memiliki ciri yang hampir sama dengan Moto E7 sebelum ini. Tetapi, sebenarnya masih terdapat perbezaan yang nyata. Misalnya, aspek rekaan pada peranti. Seterusnya, penawaran memori dan bateri lebih besar. Kemudian, tetapan kamera utama berbeza dengan sensor 13-Megapixel + 2-Megapixel.

Buat masa ini, belum diketahui bilakah ia akan dilancarkan kepada umum. Tetapi dengan ketirisan ini, kita mungkin akan dapat melihat pengenalannya tidak lama lagi.


Komen ()