Carian
Mi 360° Home Security Camera 2K Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM219
February 11, 2021 Amy Maizuraa

Xiaomi kini memperluaskan lagi penawaran peranti dibawah ekosistem pintar dengan memperkenalkan Mi 360° Home Security Camera 2K Pro untuk pengguna di Malaysia.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM219 untuk seunit dan ia boleh dibeli bermula 14 Februari 2021 menerusi kedai atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee. Sementara itu, jualan secara luar talian pula akan bermula pada 16 Februari 2021 menerusi kedai rasmi atau pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Mi 360° Home Security Camera 2K Pro merupakan kamera sekuriti pintar yang boleh merakamkan video pada resolusi 1296 piksel dan berkebolehan berpusing sehingga 360 darjah. Ia juga mempunyai sudut tontonan mencapai 118 darjah untuk tangkapan dalam satu bingkai.

Selain itu, ia turut dilengkapi sokongan panggilan dua arah dan dwi mikrofon dengan teknologi pembatalan bunyi aktif untuk meningkatkan pengalaman panggilan. Dalam pada itu, kamera ini juga mempunyai mod privasi khusus dan boleh juga berfungsi dengan Google Assistant.

Komen