Pavillion Kini Mempunyai Paparan Ilusi 3D Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Feb 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Paparan ilusi 3D diperkenalkan tahun lalu di bangunan SMTown COEX Korea Selatan dan telah digunakan pelbagai syarikat untuk mempromosikan produk. Teknologi ini memerlukan dua sisi bangunan dilitupi skrin LED untuk menghasilkan ilusi tiga dimensi.

Kerana kita tidak boleh ke Korea Selatan, teknologi ini kini datang kepada kita di pusat membeli belah Pavillion yang terletak di Kuala Lumpur. Sempena Tahun Baru Cina, sebuah animasi 3D dipaparkan pada bahagian hadapan Pavillion berhampiran dengan pancuran air. Ia memaparkan sebuah lembu emas menanduk virus Covid-19. Menurut Pavillion ini ialah kali pertama teknologi skrin ini dibawa masuk ke Malaysia dan juga adalah skrin pengiklanan terbesar di Bukit Bintang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami