Carian
Kemaskini Ke MacOS Big Sur Tanpa Storan Mencukupi Mungkin Membuatkan Sebahagian Data Anda Hilang
February 11, 2021 Aman

Terbaru, sebuah masalah melibatkan naik-taraf sistem operasi macOS dikenal-pasti, dimana apabila pengguna sistem operasi versi sebelumnya naik-taraf ke macOS Big Sur tanpa storan yang mencukupi, sistem mungkin akan membuatkan sebahagian data terpadam, atau membawa kepada kegagalan pemasangan.

Ia diperkatakan pepijat pada fail pemasangan membuatkan ia tidak menyemak baki storan sebelum memulakan proses naik-taraf. Ini sekaligus membawa kepada kehilangan data pada komputer berkaitan.

Pengguna Mac dengan cip sekuriti T2 pula dijangka akan menerima impak lebih tinggi apabila fungsi penyulitan diaktifkan – mebuatkan pengguna turut gagal untuk memulakan proses membaik-pulih.

Walaupun pengguna masih boleh membaik-pulih, tetapi proses tersebut dilihat agak sukar, dan memerlukan Mac kedua untuk proses berkenaan, termasuk salinan pendua sistem.

Bagi anda yang naik-taraf ke macOS Big Sur, anda dinasihatkan memastikan mempunyai storan mencukupi sebelum proses naik-taraf.

Komen