Carian
Data Pengguna Nurflix Dilihat Terdedah Pada Carian Google
February 12, 2021 Aman

Nurflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang memfokuskan kepada penawaran kandungan islamik. Apa pun, terbaru, ia dilihat data pengguna Nurflix terdedah pada carian Google, dan tidak dilindungi sepenuhnya.

Carian kasar memperlihatkan sejumlah data pengguna yang berdaftar dengan perkhidmatan Nurflix terdedah pada carian Google. Perkara seperti ini pernah berlaku kepada beberapa perkhidmatan, termasuk WhatsApp sebelum ini kerana tidak menutup sepenuhnya ciri robot dan beberapa yang lain pada pelayan masing-masing – sekaligus membolehkan Google mengindeks info berkenaan.

Data yang terdedah di laman carian Google adalah hanya emel sahaja, dan data lain masih terlindung buat masa ini.

Para pengguna dinasihatkan untuk menyemak sebarang emel yang diterima beberapa kali sebelum klik pada pautan, dan elak menjadi mangsa phishing.

Komen