VLC 4.0 Dijangka Hadir Dalam Beberapa Bulan Bersama Antaramuka Baharu

VLC 4.0 Dijangka Hadir Dalam Beberapa Bulan Bersama Antaramuka Baharu

Diterbitkan pada Feb 12, 2021 oleh .

VideoLAN baru-baru ini telah menyambut ulang-tahun ke-20 sejak memperkenalkan penawaran sumber terbuka mereka memfokuskan pemain media. Terbaru, ia turut dikongsikan yang mana pembangun pemain media VLC berkenaan menyasarkan untuk memperkenalkan VLC 4.0 dalam masa beberapa bulan lagi.

VLC 4.0 dijangka menyertakan beberapa ciri baharu, dan salah satu yang utama adalah antaramuka serba baharu bersama dengannya.

VLC 4.0 dijangka menyertakan rekaan yang lebih moden berbanding pada hari ini, selain turut dijangka mengintegrasikan sokongan untuk strim kandungan atas-talian dengan lebih mudah melalui pemain media berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan penawaran VLC 4.0 ini kepada umum.


Paling Popular