Terdapat beberapa laman di arena internet yang memudahkan pengguna untuk melakukan kiraan pantas untuk bayaran cukai pendapatan. Terbaru, salah satu laman dengan konsep sama adalah KiraCukai.

Melalui laman KiraCukai, pengguna perlu memasukkan beberapa data seperti pendapatan, dan beberapa info berkaitan pelepasan cukai. Seterusnya anda akan diperlihatkan dengan sama ada mempunyai lebihan cukai perlu dibayar atau sebaliknya.
Pengiraan yang ditawarkan di laman KiraCukai ini dikatakan adalah secara kasar, dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan penawaran LHDN sendiri.
Bagi anda yang ingin melakukan kiraan kasar dan pantas, mungkin boleh menggunakan laman KiraCukai ini hari ini.
- Layari : KiraCukai