Khairy : Yakin Dengan Sains, Vaksin Tiada Mikrocip Atau Agenda Iluminati

Khairy : Yakin Dengan Sains, Vaksin Tiada Mikrocip Atau Agenda Iluminati

Diterbitkan pada Feb 14, 2021 oleh .

Khairy Jamaluddin kini menegaskan yang mana vaksin yang diperolehi Malaysia adalah selamat dan juga berkesan. Pada masa yang sama, beliau turut menekankan supaya orang ramai yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi yang tular di WhatsApp Group yang sering memetik sumber palsu.

Khairy menekankan vaksin ini tidak mengandungi sebarang mikrocip untuk mengambil-alih pemikiran kita, atau bukan agenda iluminati yang mahu menubuhkan New World Order.

Vaksin dijangka akan ditawarkan untuk rakyat tempatan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama seawal penghujung bulan ini. Dengan mengambil vaksin, ia dijangka akan mengurangkan kadar jangkitan Covid-19, sekaligus membolehkan aktiviti ekonomi dan sosial dijalankan tanpa sekatan.

Orang ramai turut diminat agar sama-sama menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, supaya dapat mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat.


Paling Popular