iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Sokongan AOD

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Sokongan AOD

Diterbitkan pada Feb 14, 2021 oleh .

Satu demi satu desas-desus berkaitan iPhone 13 telah kita dengar sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan iPhone 13 bakal hadir dengan sokongan AOD (Always-On Display), dimana skrin akan aktif memaparkan beberapa info ringkas apabila anda mematikan skrin.

Ciri seumpama ini sedia diperkenalkan pada jam tangan Apple Watch sebelum ini. Selain itu, sejumlah peranti mudah-alih turut menyediakan penawaran sokongan skrin AOD pada telefon masing-masing – termasuk Samsung dan beberapa yang lain.

Ciri ini dijangka akan melengkapkan peralihan menyeluruh ke paparan OLED untuk iPhone 2021 ini.

Apple untuk tahun ini dijangka memperkenalkan telefon pintar sekitar bulan September kelak, dimana kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam bulan-bulan akan datang.


Paling Popular