Cari @ Amanz

Huawei kini berkongsi maklumat lanjut mengenai penawaran peranti-boleh pakai terkini mereka iaitu Huawei Band 4e untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah gelang tangan pintar memfokuskan kepada penawaran pemantauan kesihatan dan senaman.

Bagi yang berminat, Huawei Band 4e ditawarkan pada harga RM119 dan boleh didapati dalam dua pilihan warna, iaitu Graphite Black dan Mineral Red. Namun apa yang menariknya, anda boleh mendapatkannya pada harga promosi serendah RM69 pada 19 Februari 2021. Penawaran ini bagaimanapun, terhad untuk pembelian pada jualan pertama sahaja sebagai harga pengenalan.

Huawei Band 4e dilengkapi skrin 0.5-inci dengan panel PMOLED. Seterusnya, bateri yang disertakan adalah sebesar 77mAh dengan ketahanan maksimum sehingga 14 hari pada penggunaan biasa. Dalam pada itu, gelang tangan pintar ini juga menawarkan dua mod pemakaian – iaitu boleh digunakan di tangan atau dipasang pada kasut.

Dari segi fungsi, gelang tangan pintar ini hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan aktiviti tambahan – termasuk kadar denyutan jantung, corak tidur dan sebagainya. Spesifikasi lain termasuk ketahanan air 5ATM, pemberitahuan mesej atau panggilan, peringatan penggera dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd