Carian
Storan MicroSD SanDisk Bertemakan Apex Legends Untuk Nintendo Switch Diperkenalkan
February 15, 2021 Nazrin

SanDisk, jenama kad storan SD dan MicroSD terkemuka baru-baru ini telah memperlihatkan storan kad MicroSD terbaru mereka yang bertemakan permainan MOBA terkenal Apex Legends.

Kad storan tersebut, yang hadir dengan pilihan storan sehingga 128GB mempunyai rekaan logo Apex Legends diatasnya, dan menurut SanDisk, dibangunkan khusus untuk konsol permainan Nintendo Switch, dimana permainan tersebut akan tiba pada 9 Mac kelak.

Dari segi prestasi, kad MicroSD ini hadir dengan kadar pembacaan data 100MB/s dan penulisan data 90MB/s, dan tidaklah begitu berbeza dengan kad storan lain keluaran SanDisk.

Menurut Western Digital, storan SanDisk Apex Legends ini sudahpun mula dijual di beberapa pasaran terpilih pada harga $67.99 (~RM275).

Komen