Cari @ Amanz

Bulan lepas imej pengolokan peranti kelas pertengahan Sony Xperia 10 III telah tertiris. Ia dilihat menggunakan rekaan yang lebih kurang sama, segi empat, skrin rata serta dagu dan dahi yang tebal. Skrin adalah 6.0-inci, pembesar suara stereo di hadapan, tri-kamera 12+8+8 Megapixel dan kamera swafoto 8MP.

Butiran lain seperti cip pemprosesan, memori masih tidak didedahkan lagi. Terkini, sumber dari sebuah laman web Jepun melalui Gizmochina mendedahkan yang memori pada peranti ini mungkin hanya 6GB RAM sahaja. Kemudian peranti ini juga akan menjalankan Android 11, yang mana adalah cukup baik kerana banyak peranti dalam kelas ini masih menawarkan Android 11 walaupun sudah tahun 2021.

Selain itu, peranti ini juga mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 690. Ia adalah cip yang diguna pada OnePlus Nord N10 5G, TCL 20 5G dan beberapa peranti kelas pertengahan lain lagi. Butiran peranti ini dilihat melalui laman Geekbench, yang menyenaraikan peranti ini sebagai Sony A003SO dan mempunyai skor satu-teras 601 dan 1821 multi-teras.

Harga jualan tidak pasti, tetapi Xperia 10 II dijual di Malaysia pada harga RM1299. Harapnya Xperia 10 III ini dijual pada harga yang lebih kurang sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd