6.7 Bilion Cip Pemprosesan ARM Dikilang Pada Suku Keempat 2020

6.7 Bilion Cip Pemprosesan ARM Dikilang Pada Suku Keempat 2020

Diterbitkan pada Feb 15, 2021 oleh .

Walaupun komputer dan komputer riba memperlihatkan peningkatan dari segi jualan sepanjang tahun 2020, pengguna global rata-rata juga masih lagi lebih banyak membeli peranti-peranti pintar baru apabila ia dilancarkan.

Ini disahkan oleh ARM, dimana mereka baru-baru ini melaporkan bahawa sebanyak 6.7 bilion cip pemprosesan ARM telah dikilangkan sepanjang suku keempat 2020 sahaja.

Ini termasuklah cip pemprosesan Cortex-A, Cortex-R, Cortex-M, and Mali IP yang menguasakan peranti-peranti dari 1600 jenama di seluruh dunia, tidak kira untuk pengguna biasa ataupun dalam industri.

Jumlah cip pemprosesan yang sangat besar ini bermakna bahawa kilang-kilang di seluruh dunia mengeluarkan sebanyak 842 cip yang menggunakan teknologi ARM setiap saat.

Daripada cip-cip ini, ARM melaporkan bahawa sekitar 4.4 bilion microcontroller Cortex-M telah dijual kepada syarikat-syarikat pembuat peranti pada suku yang sama.

Lebih menarik lagi, walaupun syarikat-syarikat seperti AMD, Intel, IBM VIA dan sebagainya tidak berkongsi jumlah pengilangan dan penjualan cip pemprosesan mereka, Ia dikatakan bahawa jumlah pengilangan dan penjualan cip pemprosesan ARM lebih tinggi daripada semua syarikat-syarikat ini apabila digabungkan.


Paling Popular