Peranti Untuk Permua Realme GT Akan Menggunakan Cip Snapdragon 888

Peranti Untuk Permua Realme GT Akan Menggunakan Cip Snapdragon 888

Diterbitkan pada Feb 16, 2021 oleh .

Realme amat agresif pemasarannya di Malaysia dengan hampir satu peranti baru dilancarkan setiap bulan tahun lalu. Hampir kesemuanya adalah peranti kelas permulaan bagi mereka yang tidak ingin berbelanja lebih untuk sebuah telefon pintar. Tetapi Realme kini bersedia untuk melancarkan peranti untuk permua terkini mereka dengan nama yang sinonim dengan kereta prestasi tinggi.

Peranti yang bakal menggunakan cip Snapdragon 888 ini akan dikenali sebagai Realme GT. Presiden Relame,  Xu Qi telah memuat naik gambar sebuah Nissan GTR ke laman Weibo beliau dan mengatakan pelancarannya semakin hampir. Gambar ini seakan mengacah prestasi telefon pintar mereka mungkin sebaik Gozilla.

Antara ura-ura yang didengari ialah Realme GT dilengkapi skrin 6.8″ WQHD+ 160Hz, kamera utama 64MP + 13MP + 13MP dan pengecasan yang amat pantas.


Paling Popular